Penyanyi Shima sama sekali tidak mahu kesempitan hidup dan masalah kesihatan yang membelenggu dirinya dijadikan tiket untuk meraih simpati serta alasan tidak berusaha. Menurut Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 50, walaupun kini dikategorikan sebagai golongan asnaf namun, itu tidak bermakna dia perlu berputus asa dan menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Jelas pelantun lagu Teringin itu, dia enggan menyusahkan orang di sekelilingnya termasuk keluarga kerana sedar…










