KUALA LUMPUR 20 Sept. – Pasangan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai menyifatkan permainan mereka mula menunjukkan peningkatan positif walaupun terkandas di suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka China, hari ini. Pasangan negara yang berada di ranking ke-11 dunia itu gagal meneruskan kemaraan pada kejohanan bertaraf Siri Jelajah Dunia Super 1,000 itu selepas tunduk kepada pilihan keempat dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai 17-21, 16-21 dalam tempoh 41 minit. “Saya rasa permainan…










