LE CASTELLET, Perancis 23 Sept. – Pasukan Suzuki Endurance Racing Team (SERT) meraih kemenangan dalam kategori EWC pada Perlumbaan Bol d’Or 24 jam Endurance Dunia (EWC) di Litar Paul Ricard di sini pada semalam. Pasukan itu melepasi garisan penamat, setelah mendahului satu pusingan mengatasi pasukan Yamaha-Wojcik Racing Team dan BMW-Team ERC Endurance. Kemenangan itu menjadikan pasukan dengan barisan penunggang Vincent Philippe, Etienne Masson dan Gregg Black, berjaya merekodkan 17 kejuaraan.…










