KUCHING 28 Sept. – Seekor lagi beruang dipercayai beruang madu, yang dijadikan haiwan peliharaan di sebuah rumah ladang dekat Kampung Rasau, Serian diselamatkan selepas mendapat maklumat daripada orang awam yang prihatin. Ini adalah beruang kedua diselamatkan oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak dalam bulan ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zolkipli Mohamad Aton berkata, beruang itu yang didakwa dalam penjagaan pemilik berlesen itu sejak 20 tahun lepas kini dihantar ke Pusat Hidupan Liar Matang…










