KUALA LUMPUR 1 Sept. – Enam pemain muda negara akan berguru di Jepun bermula September ini secara berperingkat atau fasa. Kerjasama itu dimeterai ketika delegasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang diketuai Presidennya, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengadakan perbincangan dua hala dengan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) selama lima hari di Tokyo bermula 26 Ogos lalu. Kunjungan itu adalah susulan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 5 April lalu. Empat pemain…










