SEBERANG PERAI – Sebuah rumah teres setingkat di Taman Machang Bubuk, Bukit Mertajam di sini hangus dijilat api dalam kebakaran hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu melibatkan sebuah kediaman berkeluasan kira-kira 120 meter persegi. “Anggaran peratusan kemusnahan akibat kebakaran ketika bomba tiba adalah kira-kira 85 peratus. “Api kemudiannya dapat dikawal pada pukul 12.45 tengah hari sebelum api dipadamkan,” katanya kepada…










