KUALA LUMPUR 27 Sept. – Ringgit mengakhiri penurunan empat hari berturut-turutnya untuk ditutup kukuh hari ini berbanding dolar AS selepas penyedia indeks FTSE Russell memutuskan untuk mengekalkan bon Malaysia dalam senarai pemerhatian pendapatan tetapnya. Pada 6 petang, unit tempatan ditutup pada 4.1860/1900 berbanding dolar AS, meningkat 70 mata asas daripada paras penutup 4.1930/1980 pada Khamis. Penganalisis pasaran FXTM, Han Tan berkata, ringgit mencatatkan prestasi lemah seiring dengan kebanyakan mata wang…










