ALGIERS 20 Sept. – Ribuan penunjuk perasaan turun di jalanan mengingkari kehadiran keselamatan ketat bagi mendesak peletakan jawatan Ketua Tentera Algeria, hari ini. Penunjuk perasaan berhimpun berhampiran dataran pejabat pos besarnya bagi meminta pengunduran Jeneral Ahmed Gaid Salah selepas Presiden Abdelaziz berjaya dipaksa meletak jawatan pada April lalu. Ahmed Gad telah mengarahkan polis untuk menghalang penunjuk perasaan dari luar Algiers memasukinya untuk untuk menyertai protes. – AFP










