KUALA NERUS – Kegirangan empat sahabat yang berkonvoi dengan motosikal berakhir dengan tragedi apabila salah seorang mereka maut dalam kemalangan di Jalan Merang berhampiran Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit dekat sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 1.40 pagi itu, mangsa, Muhammad Amir Fikri Mohd. Sabri, 17, yang merupakan seorang pelayan sebuah kedai makan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan…










