KANGAR 27 Sept. Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan bayi lahir ‘Tabung Putra Petri’ Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis 2019 yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kangar pada petang semalam. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Setiausaha Kehormat Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Datuk Johari Mohd Darus. Hadir sama ialah Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Sirajuddin Hashim. Turut diadakan ialah…










