SETIAP makhluk di muka bumi ini, pasti tidak akan terlepas daripada ujian, justeru sebagai hamba kita perlu sentiasa memohon pertolongan daripada-Nya. Sudah pasti banyak cacian mahupun hinaan yang diterima daripada masyarakat sekeliling namun, sebagai manusia biasa kita haruslah bersabar dan reda dengan ujian Allah. Ketahuilah bahawa Allah menguji manusia untuk mendidik, bukan menghukum. Benar, berapa banyak daripada kita yang sombong dengan hartanya, kekuasaannya, atau dengan anak-anaknya. Lalu, Tuhan menguji dengan…










