KOTA BHARU 14 Sept. – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) negeri Kelantan mencatat kutipan deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak RM165 juta sehingga Julai lalu melibatkan 313,628 akaun yang dibuka. Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, semenjak skim ini dilancarkan ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat. “Walaupun kesedaran itu ada, namun pada masa yang sama saya juga menyeru agar ibu bapa yang belum mempunyai perancangan kewangan pendidikan memulakan langkah penabungan segera demi pendidikan tinggi anak masing-masing,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya