SHAH ALAM – Proton Holdings Bhd (Proton) memperkenalkan logo dan slogan terbaharunya, ‘Inspiring Connections’ dalam usaha menjadi jenama automotif moden global dipacu oleh tiga nilai teras iaitu teknologi inovatif, kebolehpercayaan dan antarabangsa.
Logo baharu dengan lambang Harimau dalam rekaan bulatan telah dikemaskini dengan diangkat tinggi seperti anak panah yang melambangkan kejayaan Proton untuk terus maju ke hadapan.
Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, pengenalan logo baharu ini membuka lembaran baharu terhadap perjalanan syarikat selama ini.
Berita berkaitan:
Katanya, dipacu dengan semangat baharu, Proton amat berbangga mengatakan bahawa perjalanan kami sejak dua tahun lalu telah berjaya membuktikan kemampuan untuk menjadi sebuah jenama automotif moden. – K! ONLINE











