JAKARTA 31 Ogos – Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala beberapa lagi cedera apabila polis melepaskan tembakan peluru getah selepas penduduk bandar Jayapura, Papua Barat bertempur dengan penunjuk perasaan, semalam. Portal Al Jazeera melaporkan, Timbalan Datuk Bandar Jayapura, Rustan Saru mengesahkan perkara itu sambil menambah, kejadian tersebut berlaku disebabkan tindakan penunjuk perasaan yang merosakkan beberapa kemudahan awam, sehari sebelumnya. Bagaimanapun, jurucakap polis Jayapura memaklumkan pihaknya masih belum dimaklumkan berhubung insiden tembakan itu. Penunjuk perasaan bertindak merosakkan beberapa premis perniagaan dan bangunan kerajaan, kelmarin sebagai membantah diskriminasi perkauman oleh pasukan keselamatan terhadap pelajar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya