SHAH ALAM – Prosiding permohonan komital (menghina mahkamah) yang difailkan keluarga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim terhadap peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas tidak akan memberi kesan kepad keputusan inkues anggota bomba itu Jumaat ini. Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili keluarga Muhammad Adib berkata, keputusan inkues pada Jumaat ini tetap diteruskan walaupun terdapat notis rayuan difailkan Peguam Negara berhubung keputusan Mahkamah Koroner yang membenarkan permohonan komital itu…










