CYBERJAYA – Sebuah portal e-dagang, Mysinbad khusus untuk koperasi telah dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan di sini kelmarin. Pelancaran portal yang pertama seumpamanya itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof mewakili Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Tamarind Square di sini sempena perasmian Countdown Hala Tuju Koperasi Selepas 100 Tahun. Portal itu dibangunkan oleh Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad dan dikawal selia Suruhanjaya Koperasi…










