KUALA LUMPUR 30 Sept.- Penularan kenyataan mengenai pemberian 200,000 sijil kewarganegaraan kepada warga China yang tular di laman sosial dipercayai berita palsu. Kenyataan tersebut telah ditularkan oleh pemilik laman sosial Facebook dan Twitter dikenali Tengku Raja Alam Shah. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang- undang (D5) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, akaun tersebut dipercayai palsu dan dibuka oleh individu tersebut bagi memfitnah Jabatan Pendaftaran Negara.…










