KUALA LUMPUR 20 Sept. – Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim berkata, dia menghormati keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang menunda perlawanan melibatkan pasukannya dengan Petaling Jaya (PJ) City dalam aksi Kumpulan B Piala Malaysia hari ini. Katanya ini kerana ramai anak-anak buah K. Devan termasuk pegawai pasukan tersebut masih dalam tempoh arahan isolasi dan kuarantin akibat wabak Influenza B. Perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung…










