KUALA LUMPUR 4 Sept. – Biarpun berusia setahun jagung, namun tidak menghalang kelab Petaling Jaya City FC (PJ City) untuk lebih serius menambah kekuatan penyokong terutama dalam kalangan komuniti Petaling Jaya. Setiausaha PJ City S. Ganesh berkata, dia berpuas hati dengan jumlah penyokong kelab setakat ini namun tetap berharap jumlah itu mampu ditingkatkan menerusi teknik pemasaran yang akan dilakukan dari masa ke semasa. Selain kekuatan penyokong, PJ City juga akan…










