KUANTAN 23 Sept. – Hanya kerana ingin membuat pinjaman peribadi berjumlah RM5,000, seorang jurujual di daerah ini terpaksa berputih mata selepas kerugian RM31,230 akibat ditipu sindiket pinjaman wang tidak wujud. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada 16 September lalu, mangsa yang berusia 23 tahun tertarik dengan iklan pinjaman wang di laman sosial Facebook. Beliau berkata, mangsa mengisi butiran peribadi di ruangan disediakan dengan…










