KUALA TERENGGANU – Johor Darul Ta’zim (JDT) pulang dengan bekalan berharga apabila menewaskan Terengganu Football Club I (TFC I) 1-0 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia sebentar tadi. Jaringan pada minit ke-21 menerusi rembatan kencang penyerang import JDT, Diogo Luis Santo menjadi pemisah kepada kedua pasukan pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini. Tuan rumah yang juga naib juara Piala Malaysia edisi tahun lalu berpeluang untuk…









