IPOH 22 Sept. – Konsep Glamping atau singkatan kepada Glamorous Camping telah mengubah persepsi terhadap aktiviti perkhemahan yang menyediakan kemudahan selesa bak hotel tetapi di kelilingi kehijauan alam. Pengalaman sedemikian dapat dirasai sendiri seramai 21 orang petugas media di negeri ini pada program Media Perak Fun Day di taman tema Lost World Of Tambun (LWOT) di sini baru-baru ini. Tambah menarik, mereka turut diberi peluang merasai aktiviti lasak dan ekstrem…








