KUALA LUMPUR 20 Sept. – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menjangka untuk memberi sumbangan dividen yang lebih rendah pada tahun hadapan berbanding RM54 bilion yang dibayar pada 2019. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, jumlah itu akan diberitahu sewaktu pengumuman Belanjawan 2020, 11 Oktober depan. “Kami menjangkakan pembayaran dividen yang lebih rendah pada 2020,” katanya selepas membentangkan prestasi kewangan Petronas bagi separuh pertama…










