KANGAR – Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd. Shukri Ramli yang rebah ketika berucap pada Ceramah Perdana Muafakat Nasional peringkat negeri ini di Dewan 2020 di sini pada malam semalam dilaporkan dalam keadaan kritikal. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang masih dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini. Ketua Penerangan Pas negeri, Dr. Saifizi Saidon berkata, berdasarkan keadaan semasa Mohd. Shukri dan nasihat doktor,…










