SEBERANG PERAI – Seorang pesara kerajaan berputih mata apabila wang simpanannya sebanyak RM575,350 lesap sekelip mata selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan di Kepala Batas di sini semalam. Mangsa, wanita berusia 61 tahun itu mula terjerat dalam penipuan tersebut selepas mendakwa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai wakil Pejabat Pos Kuantan, Pahang. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek telah memaklumkan…










