Saya merujuk dua kenyataan yang dikeluarkan pemimpin DAP yang dipetik media seolah-olah mempertikai kepimpinan YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sebagai anggota Kabinet saya menyeru agar semua pihak menumpukan tenaga dan usaha ke arah memantapkan pentadbiran kerajaan sedia ada. Segala buah fikiran, idea dan cadangan yang difikirkan dapat mencapai hasrat Malaysia baru boleh disalurkan melalui koalisi Pakatan Harapan yang merupakan medium paling tepat. Di sini, ingin saya sarankan kepada…










