GEORGE TOWN 30 Sept. – Perkhidmatan kereta api Bukit Bendera akan ditutup sementara selama sembilan hari dari 6 Januari hingga 14 Januari 2020 bagi tujuan pemeriksaan dan penyelenggaraan tahunan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP), operasi kereta api berkenaan akan berjalan seperti biasa selepas penyelenggaraan tahunan itu pada 15 Jan 2020. “Penyelenggaraan berjadual akan dijalankan di bawah pengawasan syarikat pengeluar funikular (Garaventa AG…










