KUALA LUMPUR 27 Sept. – Dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan ditawarkan kepada pelanggan, syarikat e-hailing, Dacsee baru-baru ini melancarkan komuniti ‘Fresher Air’ menerusi kenderaan yang disediakan. Komuniti tersebut merujuk kepada penyediaan sistem pengudaraan lebih segar dalam kenderaan yang menawarkan perkhidmatan Dacsee. Inisiatif itu adalah hasil kerjasama antara Dacsee dengan peneraju pengeluar pendingin hawa di negara ini iaitu Acson bagi melengkapkan kenderaan-kenderaan penawar perkhidmatan e-hailing tersebut di sekitar Lembang Klang dengan…










