Ketegangan pertikaian dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China nampaknya membimbangkan komuniti ekonomi dunia. Pelbagai andaian dan ramalan berkenaan kesan perang dagangan ini terhadap ekonomi dunia telah diutarakan. Meneliti semua analisa-analisa tersebut dan juga iklim semasa ekonomi dunia dan serantau terutamanya, Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan Pas Pusat berpandangan bahawa ketegangan ini tidak lah destruktif dan kronik sebagaimana yang di bimbangi. Pandangan kami adalah bersandarkan kepada faktor-faktor berikut: Ekonomi…










