PARIS 20 Sept. – Pihak berkuasa Peranncis telah menghentikan kajian klinikal tanpa kebenaran yang dijalankan ke atas sekurang-kurangnya 350 orang yang menghidap Parkinson, Alzheimer dan penyakit neurologi yang lain, kata badan pemantau perubatan. Agensi Produk Perubatan dan Kesihatan Perancis (ANSM) berkata, kajian itu melibatkan tampalan kulit yang mengandungi hormon. Agensi itu turut menggesa individu berkenaan segera mendapatkan rawatan termasuk menjalani pemeriksaan kesihatan daripada doktor. – AFP










