KUALA LUMPUR – Seorang lelaki terpelanting ke atas jalan raya selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang sedang menukar laluan dalam satu kemalangan di Jalan Sungai Besi di sini kelmarin. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.41 petang sewaktu mangsa, Tan Wing Chun, 28, sedang menunggang motosikal menghala ke pusat bandar dari arah Tol Sungai Besi. “Sewaktu…










