IPOH 30 Sept. – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah kereta yang diletakkan di hadapan sebuah rumah di Kampung Tawas di sini semalam. PEMANGKU Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah.-UTUSAN ONLINE Dalam kejadian pada pukul 11.30 malam itu, Phang Chee Wa, 58, cedera parah dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan kecemasan. Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 4.15 pagi…










