PUTRAJAYA 23 Sept. – Penguatkuasaan permit kemasukan kenderaan bermotor asing (VEP) di semua laluan keluar di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru, Johor semasa waktu aliran trafik puncak ditangguhkan sementara sehingga notis baharu dikeluarkan. Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan hari ini berkata penangguhan itu dibuat berikutan beberapa isu yang dibawa ke pengetahuan kementerian terutamanya berkaitan kesukaran mendapatkan janji temu…










