PULAU PINANG 3 Sept.- Penduduk negeri ini diseru menyertai Perhimpunan Ummah Selamatkan Pulau Pinang yang dirancang diadakan di padang Permatang Damar Laut, Bayan Baru di sini bermula pukul 1 hingga 5 petang Ahad ini. Dianjurkan Gerakan Pembela Ummah Pulau Pinang (Ummah Pulau Pinang) iaitu gabungan lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berteraskan Islam di negeri ini, perhimpunan itu sebagai manifestasi menolak dan membantah projek tambak laut di perairan selatan negeri…










