TOKYO 22 Sept. – Pemain tenis Jepun, Naomi Osaka mengakhiri kemarau kejuaraan selama lapan bulan selepas menjuarai Terbuka Pan Pasifik di laman sendiri hari ini, trofi kemenangannya yang pertama selepas Terbuka Australia, Januari lalu. Bekas pemain No. 1 dunia itu menewaskan wakil Rusia, Anastasia Pavlyuchenkova 6-2, 6-3 dalam tempoh lebih 60 minit untuk menjuarai kejohanan tersebut buat kali pertama dalam tiga kali percubaan selepas muncul naib juara pada edisi 2016…








