Pemandu pelancong bawa pulang hadiah Yamaha Y15ZR - Utusan Malaysia

Pemandu pelancong bawa pulang hadiah Yamaha Y15ZR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seorang pemandu pelancong dari Padang Matsirat, Langkawi, Kedah, membawa pulang hadiah berupa motosikal Yamaha YI5ZR apabila memenangi cabutan bertuah di Karnival Himpunan Anak Merdeka di Midtown PERDA, Tasek Gelugor di sini semalam.

Mohd. Zulkifli Othman, 29, berkata, dia tidak menyangka untuk menjadi orang paling bertuah di antara 10,000 peserta yang hadir pada karnival sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62 itu untuk memenangi motosikal bernilai RM11,600 tersebut.

“Ketika kebanyakan peserta hendak balik ke destinasi masing-masing selepas semua acara tamat, nama saya telah dipanggil kira-kira pukul 6.40 petang melalui nombor cabutan bertuah 4362.

“Ia satu kenangan manis yang sukar dilupakan kerana saya kini ada dua buah motosikal jenama sama untuk ditunggangi pulang ke Langkawi,” katanya kepada Kosmo! Online di sini.

Sementara itu, urusetia program, Mohd. Hafiz Anuar berkata, pihaknya menerima sambutan luar biasa pada program berkenaan apabila dihadiri anak muda dari seluruh negara yang teruja untuk menjadi pemilik hadiah utama itu.

“Walau bagaimanapun, peserta lain juga gembira apabila dapat berkumpul dan memenangi hadiah lain kerana pihak penganjur menyediakan hampir 100 hadiah.

“Acara seperti ini boleh dijadikan acara tahunan dan ia sebagai satu usaha untuk menghindari generasi muda daripada terjebak dengan sebarang aktiviti tidak bermoral,” katanya lagi.

Karnival itu adalah anjuran Perda Ventures Incoporated Sdn. Bhd. dengan kerjasama pelbagai syarikat swasta di negeri ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×