NEW YORK 1 Sept. – Di sebalik kejayaan juara bertahan, Naomi Osaka mara ke pusingan keempat tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) awal hari ini, kisah lawannya yang menangis teresak-esak selepas kalah turut mencuri tumpuan. Coco Gauff yang baru berusia 15 tahun gagal mengawal perasaannya apabila dibelasah 3-6, 0-6 oleh Osaka sehingga ia menyentuh hati ramai peminat tenis yang simpati dengan reaksi spontan yang keanak-anakan itu. Yang menariknya, Osaka, 21, sendiri…










