KUALA LUMPUR 19 Sept. – UEM Group Bhd, akan menggunakan sebahagian daripada pelupusan pegangan dalam lebuh raya bertol Cikopo-Palimanan (Cipali), Indonesia untuk melaksanakan pembangunan utama infrastruktur di negara ini. Menurut syarikat tersebut, langkah itu akan dilaksanakan sebaik sahaja semua syarat dalam Perjanjian Jual Beli Bersyarat dipenuhi. “Kami akan menggunakan sebahagian daripada pelaburan yang dibuat untuk membangunkan projek infrastruktur di Malaysia. Bagaimanapun, kami akan terus meneroka peluang pelaburan di Indonesia,” katanya…










