KUALA LUMPUR 22 Sept. – Golongan pelajar perlu diberi peluang untuk mendapat lebih banyak akses kepada bahan sastera dalam usaha membudayakan bahan sastera dalam kalangan anak muda, demikian harapan penerima Anugerah Sastera Negara ke-14, Dr. Siti Zainon Ismail. Siti Zainon berkata, selama ini para pelajar kurang menerima bahan sastera negara yang merupakan satu sumber diperlukan oleh generasi muda yang bakal memimpin. “Kita perlukan penerus (pewaris) generasi supaya generasi kita yang…










