IPOH 20 Sept- Seramai 67 orang pelajar Kolej Tingkatan Enam Seri Ipoh (KTESI) mempamerkan hasil kerja mereka pada Pameran Projek Kajian Seni Visual Tokoh dan Sejarah Kemerdekaan di kolej berkenaan di sini hari ini. Pameran ini adalah sebahagian daripada keperluan kerja kursus bagi subjek Seni Visual calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk dinilai mengikut ketetapan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Pengetua KTESI, Raja Yusoff Raja Baniamin berkata, pameran tersebut melibatkan…










