KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Pahang Rangers, Taufik Yaiyah mengakui persembahan pasukan yang berada di bawah tahap sebenar menyebabkan mereka terpaksa berpuas hati selepas seri 5-5 berdepan Terengganu dalam aksi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019 di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam, semalam. Keputusan itu memberi tamparan buat Pahang Rangers untuk terus menghimpit rapat kedudukan pendahulu Selangor yang berjaya melebarkan kelebihan di tangga teratas kepada enam mata hasil kemenangan 6-3…










