MELAKA 23 Sept. – Masih ada satu perlawanan yang perlu dihadapi Pahang biarpun membawa pulang bekalan selesa selepas menundukkan Melaka United 3-0 pada aksi suku akhir Piala Malaysia di tempat lawan malam tadi, kata ketua jurulatihnya, Dollah Salleh. Beliau turut mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu selesa dengan kemenangan yang diraih itu, sebaliknya mengekalkan aksi konsisten untuk mara ke pusingan seterusnya. “Macam-macam perkara boleh berlaku walaupun kita mendahului dengan kelebihan…










