KUALA LUMPUR 27 Sept. – Seorang operator kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh bekas isterinya, awal September lalu. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Zulkifli Joned, 40, selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir. Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa membunuh Nor Hidayah Ahmad, 30, di sebuah pangsapuri di Rumah Pangsa Rampai Idaman, Jalan PJU 10/9, Prima Damansara di sini antara…










