JOHOR BAHRU 29 Sept. – Superintenden Noor Azman Jamal dilantik sebagai Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berkuat kuasa hari ini menggantikan Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang. Pelantikan itu menyaksikan Khon Chiang dinaikkan pangkat bagi menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Pasukan Siasatan Khas/Teknikal Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Jabatan Perdana Menteri. Khon Chiang berkata, semasa menggalas tugas sebagai Komander PPM Wilayah Dua beliau mendapat sokongan padu daripada seluruh…










