IPOH 27 Sept. – Nasib lima keluarga di Kampung Dato Seri Kamaruddin, Seri Manjung, Lumut yang kediaman mereka rosak akibat kejadian ribut dua hari lalu mendapat perhatian apabila bakal dibantu bagi membiayai kerosakan rumah masing-masing. Semalam, beberapa ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Masyarakat Prihatin Perak (Ukhuwah) turun padang melawat keluarga berkenaan bagi meninjau kediaman yang terjejas. Pengerusinya, Norhaslinda Zakaria berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu penduduk di…










