NILAI – Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu, Prof. Mohamed Ridza Wahiddin berazam membawa universiti itu ke tahap yang lebih tinggi. Menurutnya, perjuangan yang diwarisi daripada empat bekas Naib Canselor terdahulu itu akan diteruskan oleh beliau dengan gandingan semua pihak di menara gading tersebut. Jelasnya, beliau menetapkan tempoh 100 hari pertama di USIM atau sehingga Januari tahun depan untuk mengenali dan memahirkan diri selok belok di universiti…










