RANTAU PANJANG 27 Sept – Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) perlu memberikan sokongan kepada lima inisiatif baharu diperkenalkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) bagi meningkatkan pendapatan agensi itu pada masa hadapan. Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Mohd. Hisyamuddin Ghazali berkata, lima inisiatif baharu itu ialah memberi fokus kepada padi, perladangan, penternakan ayam, trading dan haiwan ruminan membabitkan lembu serta kambing. Menurutnya, peningkatan hasil pendapatan Nafas bakal menguntungkan ahli PPK yang terdiri daripada golongan…










