KUALA LUMPUR- Pasangan pelakon, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Seri Kembangan, pada petang Ahad. Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah, Ustaz Hafiza Hafiz dari Masjid Al-Mutaqqin Seri Kembangan dengan sekali lafaz bersama mas kahwin berjumlah RM300. Tiada wang hantaran yang diberikan kecuali senaskhah al-Quran yang telah dikhatam oleh Nadzmi atas permintaan isterinya sebagai hadiah pernikahan. Menurut…










