KUALA LUMPUR 22 Sept. – Sebuah portal e-dagang khusus untuk koperasi yang pertama di negara ini, MYSINBAD telah dilancarkan semalam. MYSINBAD merupakan portal e-dagang dan aplikasi pintar yang dibangunkan Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad dan dikawal selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dilancarkan bersempena perasmian Countdown Hala Tuju Koperasi Selepas 100 Tahun. Platform itu dibangunkan bagi memperkasa anggota koperasi serta memasarkan lebih 1,000 produk koperasi di bawah satu rangkaian hab…








