KANGAR 27 Sept. – Demi menjaga maruah negara, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menggesa Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas segera melepaskan jawatan. Dalam masa sama, kata Mohd. Asri, perletakan jawatan Tommy sebagai Peguam Negara perlu bagi mengelakkan ketegangan kaum selain menghindari salah guna kedudukan dan kuasa. “Demi menjaga maruah Malaysia dan kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan negara ini, mengelakkan ketegangan antara kaum, menghindari salah guna kedudukan…










